PENGENALAN KEPADA
LEBUHRAYA MAKLUMAT DAN INTERNET
1.1 Pengenalan Kepada
Internet
Internet menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat dalam format
boleh-guna-semula dan boleh-baca, misalnya carta, gambarajah, jadual, imej,
pengkalan data atau kod perisian. Dengan demikian,
perkhidmatan ini merupakan pusat bagi segala sumber maklumat (perpustakaan
maya) seperti katalog, pengkalan data, perkhidmatan, penerbitan dan sebagainya.
Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita
dan perkhidmatan maklumat pada kos sama seperti sambungan telefon. Malah internet mempunyai kemudahan carian. Oleh itu kemudahan internet dapat digunakan untuk tujuan
perniagaan, perhubungan, pendidikan, rekreasi dan lain-lain.
Sekarang ini dengan adanya sistem perhubungan seperti ini di seluruh dunia
menjadikan kebanyakan pekerja akan duduk di rumah dan
menghantar kerja yang disiapkan melalui kabel tembaga atau optik.
Internet menyediakan satu perkhidmatan piawai yang terbaik untuk menghantar dan
menerima mel ketika pengguna log sistem komputer
secara jarak jauh atau menggunakan alat bergrafik seperti Jaringan Sedunia
(WWW) untuk merayau ke tempat yang menyediakan maklumat di seluruh dunia.
1.2 Sejarah Internet
Pada tahun 1957, projek ARPA (Advanced Research Project Agency) diwujudkan
untuk membina satu rangkaian komputer yang menghubungkan satu bandar dengan
satu bandar yang lain di Amerika Syarikat.
Perkhidmatan mel elektronik bermula setelah ARPANET
dibina pada tahun 1969.
Pada 1972, spesifikasi bagi telnet dikeluarkan.
Pada 1973, spesifikasi bagi ftp dikeluarkan.
Pada 1974, Protokol Kawalan Pemancar atau TCP (Transmission
Control Protocol) diperkenalkan untuk mengendalikan penghantaran data di dalam
rangkaian.
Pada 1979, usenet ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar siswazah
di Universiti Duke.
Pada 1990, archie (diguna untuk mencari maklumat dalam lokasi
ftp) diperkenalkan.
Pada 1991, gopher, WAIS dan WWW diperkenalkan.
Pada 1992, Jaring ditubuhkan dan diselenggarakan oleh MIMOS.
Pada tahun ini juga veronica diperkenal.
Pada 1995, tahun lebuhraya maklumat di mana enjin carian WWW,
bahasa Java dan VRML diperkenalkan.
1.3 Definasi Internet
Internet ialah suatu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu
sistem komputer, samada dirumah, pejabat, organisasi atau institusi, dengan
menggunakan bahasa yang sama. Setiap
rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang
lebih kecil.
1.4 Hak Milik Internet
Secara umumnya, internet tidak dimiliki oleh mana-mana organisasi atau
individu. Oleh itu, organisasi yang berkenaan adalah
bertanggungjawab untuk membina rangkaiannya sendiri. Organisasi yang
menyediakan perkhidmatan rangkaian yang menentukan apa-apa bayaran yang akan dikenakan kepada pengguna.
1.5 Asas Internet
1.5.1 Model pengkomputeran Internet
Internet menggunakan model pengkomputeran tersebar (distributed computing) dan
pengkomputeran pelayan-pelanggan.
1.5.2 Pelanggan dan Pelayan
Sama seperti data-data dan aplikasi yang disimpan dalam cakera keras, maklumat
atau fail-fail disimpan dalam komputer yang dinamakan pelayan. Pelayan ini yang
disambungkan ke rangkaian komputer seluruh dunia dikendalikan oleh organisasi
atau individu dengan maksud untuk berkongsi sumber dan maklumat dengan pengguna
lain. Apabila kita dalam internet dan memerlukan maklumat tertentu, komputer
kita akan berhubung dengan komputer pelayan jarak jauh
(remote) di mana maklumat yang dikehendaki ditempatkan. Apabila permintaan
diterima, maklumat ini akan dipecahkan kepada paket. Paket ini membawa maklumat alamat komputer kita. Paket ini
dihantar melalui kabel atau talian telefon.. Apabila
paket ini tiba ke komputer penerima, ia akan
digabungkan semula untuk membentuk mesej asal bagi membolehkan penerima mebaca
dan bertindakbalas seperti yang dikehendaki.
Komputer yang meminta perkhidmatan daripada komputer lain
dinamakan pelanggan. Komputer yang memberikan perkhidmatan
dinamakan pelayan.
Aplikasi pelayan dan pelanggan adalah dua aplikasi perisian
yang berlainan. Perisian pelayan adalah perisian yang beroperasi dalam
sesebuah komputer yang sentiasa menanti permintaan yang akan
dibuat oleh pelanggan. Dengan lain perkataan pelayan
mestilah sentiasa dihidupkan (ON).
Aplikasi pelanggan adalah perisian yang diguna untuk mendapat
perkhidmatan sesuatu aplikasi. Pelanggan hidup apabila
pengguna menggunakannya dan berhenti apabila penggunaannya tamat.
Proses pemindahan data dikendalikan oleh protokol rangkaian yang dikenali
sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Protokol
rangkaian ialah satu set peraturan dan panduan untuk mengelolakan penghantaran
data melalui rangkaian.
1.5.3 Alamat Protokol Internet
Tiap-tiap komputer dalam internet mempunyai identiti yang unik yang dinamakan
alamat protokol internet (IP). Alamat IP adalah satu nombor seperti berikut:
121.16.237.7
161.142.16.62
224.171.7.80
1.5.4 Nama Domain
Nama domain adalah nama yang digunakan untuk mewakili
alamat IP bagi yang melambangkan identiti atau nama pengguna atau organisai
yang menggunakan sesebuah komputer. Nama domain adalah mudah
untuk diingat berbanding dengan alamat IP. Contoh:
ftp.microsoft.com 198.105.232.1
relays.jaring.com 192.228.128.15
www.yahoo.com 192.153.156.22
1.5.5 Apakah yang diperlukan?
Keperluan asas: Komputer, asesori
1.5.6 Komputer
Komputer PC, Macintosh atau stesen kerja (Sun, HP, IBM)
1.5.6 Modem
Modem ialah suatu alat yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi. Modem
menukarkan isyarat digital daripada komputer penghantar kepada isyarat analog
untuk dipancarkan menerusi talian telefon. Isyarat yang dipancarakan ini akan ditukar semula kepada isyarat digital.
Terdapat beberapa jenis moden di pasaran. Modem juga dibahagi kepada dua:
dalaman atau luaran. Modem dalaman dibina pada 'motherboard' manakala modem
luaran dipasang di luar sistem. Modem luaran lebih mahal.
Ciri penting pada modem yang perlu dilihat ialah kelajuannya, biasanya diukur
dalam bps (bit per saat). Supaya dapat beroperasi dengan
baik, dapatkan modem dengan kelajuan sekurang-kurangnya 14.4kbps. Harga:
14.4kbps (RM170-RM330), 28.8kbps (RM350-RM790).
1.5.7 Talian Telefon
Perkhidmatan yang paling murah. Sambungan ke internet melalui cara ini dinamakan 'dial-up'. Ini adalah disebabkan modem
perlu mendial perumah (kadang-kadang dinamakan nod) sebelum disambung ke
internet. Jika menggunakan sambungan dial-up, kemudahan
'waiting call' pada modem perlu dinyahbolehkan kerana perkhidmatan mungkin
mengganggu semasa kita melunsuri web.
1.5.8 Melanggan Talian Terus.
Sebelum dapat mencapat internet, kita perlu mendaftar dengan
MIMOS atau Telekom Malaysia Berhad. MIMOS menyediakan
perkhidmatan internet melalui JARING (Joint Advanced Research Integrated
Networking). Telekom
MIMOS telah memberi lesen kepada empat syarikat untuk menyediakan perkhidmatan
jaring iaitu:
- Time Multimedia Sdn. Bhd.
- The New Straits Times Technology Sdn Bhd
- Silicon Communications Sdn Bhd dan
- Utusan Melayu (M) Berhad.
Selain daripada itu, kita juga dapat sambungan ke internet
melalui sambungan talian 'lease' (sewa). Cara ini
lebih mahal tetapi banyak kebaikannya. Anataranya
ialah kurang masalah terhadap kesibukan talian. Tetapi cara ini hanya dibenarkan untuk kegunaan korporat atau
institusi sahaja.
1.5.9 Perisian Perhubungan
Untuk Windows 3.x
Trumpet Winsock
Untuk Apple Macintosh
MacTCP (membolehkan Mac berkomunikasi dengan lain-lain komputer yang
menggunakan TCP/IP)
MacPPP
MacSLIP
1.6 Pengenalan Kepada Lebuhraya Maklumat
1.6.1 Apakah Lebuhraya Maklumat
Komputer memerlukan perantaraan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.
Jenis bahan perantaraan yang boleh digunakan adalah udara (contoh: satelit),
kabel tembaga (contoh: talian telefon) dan kabel optik. Setiap
perantaraan memerlukan teknik penghantaran yang tersendiri.
1.6.2 Ciri-ciri Lebuhraya Maklumat
Lebuhraya maklumat membenarkan berbagai jenis maklumat seperti teks, audio,
gambar, video dan lain-lain dihantar melaluinya. Lebuhraya
yang laju adalah mempunyai lebar jalur yang tinggi dan membolehkan maklumat
melaluinya dengan pantas. Walau bagaimanapun, kesesakan akan berlaku jika banyak data disalurkan dengan kadar yang
tinggi.
1.6.3 Jenis dan Kelajuan Maklumat
Kelajuan sesuatu talian bergantung kepada teknik penghantaran dan bahan yang
digunakan seperti kabel atau gentian optik. Contoh:
T1 1.5Mbps
T3 44.7Mbps
E1 2Mbps
Kabel UTP 10 - 100Mbps
Talian telefon sehingga 28.8kbps
1.7 Aplikasi Internet
Aplikasi yang boleh digunakan dalam internet adalah seperti: e-mel, ftp,
telnet, berita usenet, gopher, Veronica, Archie, IRC (Internet Relay Chat), MUD
(Multi-user-domain) WAIS (Wide Area Information System) dan WWW (World Wide
Web).
1.7.1.E-mel
E-mel telah difahami oleh kebanyakan pengguna komputer sebagai satu cara untuk
menghantar
Setiap pengguna perlu ada akaun e-mel. Untuk mengguna
e-mel, pengguna hanya perlu tahu bagaimana:
- mengarang dan menghantar mel baru
- memeriksa dan membaca mel
- membalas dan menghantar mel
- menghantar fail bersama mel.
Contoh perisian: Mailtool, Pine, Mail, Eudora Pro, Microsoft Exchange
1.7.2 Senarai mel (Listserv)
Aplikasi ini menggunakan kemudahan e-mel. Pengguna menghantar
perbincangan, soalan atau komen kepada senarai. Butiran ini kemudiannya akan dihantar kepada semua pelanggan. Pengguna yang
berdaftar dengan satu senarai sahaja yang akan
menerima mel yang dihantar. Kemudahan ini mendapat sambutan
hebat daripada pengguna e-mel. Contoh pelayan senarai mel:
listserver@jaring.my
listserv@tamvm1.tamu.edu
listserv@earn-relay.ac.uk
majordomo@lists.internic.net
majordomo@vector.casti.com
1.7.3 Perbincangan usenet
Merupakan suatu perkhidmatan papan buletin elektronik global yang menggunakan
internet sebagai cara capaian. Mengandungi beribu-ribu
kumpulan perbincangan tentang topik-topik tertentu. Dengan kemudahan
ini, pengguna dapat berkongsi maklumat dan pendapat dengan pengguna lain di
seluruh dunia. Tiap-tiap kumpulan berita membincangkan topik
yang tertentu. Pengguna boleh menjawab perbincangan dan menghantar
artikal sendiri dibaca oleh orang lain.
Kumpulan berita dikelolakan dan dikumpulkan berdasarkan kepada nama bidang.
Contoh: news.announce.newusers, news.newusers.questions. Perisian pelanggan:
FreeAgent, Netscape Newsreader, NewsAgent
1.7.4 Telnet
Istilah yang digunakan untuk menggunakan komputer secara jarak jauh (remote
login) di mana-mana tempat dalam internet. Biasanya digunakan
untuk mencari maklumat dalam pengkalan data atau pusat sumber awam dan
menggunakan komputer sendiri dari mana-mana tempat dalam internet.
Perisian pelanggan: NetTerm.
1.7.5 ftp
Maklumat yang disimpan dalam komputer seperti artikal dan program boleh
dikongsi dengan kemudahan pemindahan data melalui internet. Ftp (File Transfer
Protocol) diguna untuk memindahkan fail dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Ftp membenarkan pelanggan menyimpan fail untuk kegunaan awam dan "downloading"
oleh pengguna internet (anonymous).
Arahan ftp:
Masuk ke program ftp ftp
Membuka sambungan open nama_fail
Menutup sambungan close
Keluar dari program ftp bye
Masuk ke sesuatu direktori cd nama_direktori
Keluar dari sesuatu direktori cd ..
Mensenaraikan fail ls atau ls -l atau dir
Set mod pemindahan ke teks text
Set mod pemindahan ke mod binari bin
Menyalin fail get nama_fail
Menghantar fail put nama_fail
Contoh lokasi:
ftp.microsoft.com
ftp.cica.indiana.edu
ds.internic.net
explorer.arc.nasa.gov
marvel.loc.gov
Perisian pelanggan: WS_FTP
1.7.6 Archie
Suatu perkhidmatan yang digunakan untuk mencari fail dalam lokasi ftp anonymous
di dalam internet. Jika kita tidak mempunyai perisin archie ini, kita boleh
menggunakan kemudahan ini dengan cara telnet kepada
pelayan.
Contoh:
% telnet archie.au
% login: archie
Untuk keluar daripada archie, taipkan arahan quit.
Lokasi lain:
archie.rutgers.edu
archie.sura.net
archie.doc.ic.ac.uk
archie.funet.fi
1.7.7 Gopher
Suatu perisian yang menyambungkan pelbagai komputer dan arkib maklumat dalam
bentuk teks (tanpa kemudahan grafik) dalam internet dan kemudiannya memaparkan
item dalam bentuk menu. Buku-buku dan artikal boleh didapati
secara "online" melalui sistem ini. Asalnya
dibangunkan di Universiti
Menggunakan gopher adalah mudah kerana pengguna akan
dibawa dari satu menu ke menu yang lain berpandukan kepada item yang ada dalam
menu. Tidak ada arahan yang perlu dimasukkan.
Contoh:
PSN: gopher://csf.colorado.edu:70/11/psn
APA: gopher://apa.oxy.edu:70/1
Liverpool Philosophy Gopher: gopher://gopher.liv.ac.uk:70/11/phil
gopher://catfish.valdosta.peachnet.edu:70/11/ccr/subjv/phil/texts
Sirim: gopher://gopher.sirim.my
Perisian pelanggan: ws_gopher.
1.7.8 Veronica
Merupakan rakan bagi gopher. Ia membolehkan
pengguna memberikan kata kunci (keyword) untuk mencari maklumat dalam gopher
dengan pantas.
Walau pun ruang gopher boleh dibuat carian dengan menggunakan veronica, ia masih lagi sukar untuk dapat apa yang kita kehendaki.
Tempat yang baik untuk dimulakan ialah "American Philosophical Association
dan PSN (APA: gopher://apa.oxy.edu:70/1).
1.7.9 Papan Buletin
Papan buletin beroperasi dengan menggunakan kemudahan e-mel. Berita
dan kenyataan mengenai mesyuarat, konferen, peluang pekerjaan dan lain-lain
diposkan secara elektronik ke pelanggan. Berita ini akan
dibaca apabila pelanggan "log in".
1.7.10 WAIS (Wide Area Information Servers)
Perkhidmatan ini diguna untuk mencari maklumat mengenai sesuatu perkara dalam
sesuatu fail dalam internet. Ia diguna oleh organisasi
yang besar untuk mengindeks data yang besar.
Pelanggan wais boleh diguna melalui telnet:
quake.think.com login: wais
http://www.archive.org
1.7.11 World Wide Web
WWW (web) adalah paling popular. Web mengandungi berjuta-juta
laman maklumat yang disimpan dalam komputer di seluruh dunia. Web berkebolehan menggabungkan teks, gambar, suara, video, animasi
dan lain-lain. Selain daripada itu web juga dapat memberi khidmat e-mel,
ftp, gopher, wais dan lain-lain. Tiada arahan yang perlu
dimasukkan untuk menjelajah web. Dokumen atau lokasi lain
boleh dimasuki dengan hanya mengklik link yang terdapat dalam dokumen semasa.
Penggunaan web dengan meluas merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan
internet yang amat pesat kebelakangan ini.
Melalui WWW, peniaga atau pengguna dapat membuat pemasaran dan menerbitkan
dokumen untuk disebarkan ke seluruh dunia.
Bahagian berikutnya membincangkan WWW dengan lebih mendalam.
1.8 World Wide Web
World Wide Web adalah suatu istilah yang digunakan untuk menerangkan semua
kandungan maklumat dan multimedia yang boleh diperolehi dalam internet.
WWW adalah aplikasi yang paling menarik di Internet dan
seperti Email aplikasi ini sangat penting dan banyak digunakan. Aplikasi
ini kadang disebut "The killer application" atau "the world is
in your fingertip" kare na sedemikian mudahnya
kita dapat mendapatkan informasi tidak hanya teks tetapi gambar (images),
maupun multimedia.
Dalam aplikasi ini banyak fasilitas yang dapat dilakukan seperti:
· memesan atau membeli suatu barang secara online
· mendaftar secara online
· mengakses multimedia, dlsb.
Informasi yang diletakkan di WWW disebut "HomePage"
dan setiap homepage mempunyai alamatnya masing-masing. Untuk dapat menarik perhatian user sehingga homepage dapat sering
dikunjungi user, maka kita harus mendesign semenarik mungkin dan ban yak
terdapat informasi yang jelas. Dalam hal ini bidang
seni sangat dibutuhkan, sehingga dunia periklanan dan dunia bisnis semakin
semarak.
Aplikasi yang paling sering digunakan saat ini di dunia
adalah Netscape Navigator.
Asalnya dibangun di CERN (Europen Laboratory for Particle Physics) oleh Tim
Burner dengan tujuan untuk menyediakan protokol yang sepunya (sama) dan mudah untuk mendapatkan maklumat yang boleh-baca
yang disimpan pada sistem berjarak jauh dengan menggunakan rangkaian. Dengan kemudahan ini ahli-ahli fizik CERN (http://www.cern.ch/)
dapat berkongsi dokumen.
Objektif sistem ini adalah supaya saintis dapat bertukar
berbagai bentuk data dengan menggunakan konsep hypertext, hyperlink dan
hypermedia. Hypertext ialah konsep asas di mana maklumat disimpan dan
diambil semula dalam bentuk bukan hirarki, capaian maklumat boleh melompat dari
satu tempat ke tempat yang lain hanya dengan cara
hyperlink. Laman web boleh terdiri daripada imej, wayang,
suara, 3D. Laman juga boleh diletakkan di mana-mana
dalam internet. Dengan kemudahan ini, web senang
digunakan untuk kita merayau mencari maklumat.
Hypermedia adalah grafik yang boleh diguna untuk link.
Kita mengaktifkan hypertext dan hypermedia, tugas ini
dinamakan hyperlink, dengan mengklik pada perkataan yang bergaris atau grafik.
1.8.1 Cara Menggunakan WWW
Cara menggunakan web adalah mudah. Dokumen atau lokasi yang
ingin dilihat boleh dimasuki jika Penunjuk Sumber Seragam (URL - Uniform
Resource Locator) dokumen tersebut diketahui. URL
adalah format alamat piawai yang diguna untuk menentukan lokasi laman web dalam
internet atau penunjuk kepada dokumen yang terdapat dalam sesuatu link. Tiap-tiap dokumen dalam internet mempunyai sekurang-kurangnya satu
URL untuk menentukan lokasinya. Dengan mempunyai URL,
kita dapat mencari dan mencapainya dengan syarat komputer pelayan hidup dan
tiada halangan keselamatan.
Tiap-tiap URL mengandungi jenis protokol, alamat, opsyen nombor pengkalan (nama
domain) dan laluan (lokasi fail)
Format asas URL:
protokol://nama_perumah:nombor_pengkalan/laluan
atau
protokol://nama_perumah/laluan
Alamat adalah merupakan alamat di mana pelayan dilarikan dan ditentukan oleh
samada nama domain perumah atau nombor IP. Nombor pengkalan
adalah nombor pengkalan IP di mana pelayan dilarikan. Tetapi
jika pelayan dilarikan dengan menggunakan pengkalan piawai untuk protokol,
nombor pengkalan tidak diperlukan. Laluan adalah lokasi fail di mana
item tersebut di rujuk oleh URL.
Contoh:
http://www.jaring.my/msia/govt/govt.html
Jenis protokol yang terdapat dalam web:
Jenis protokol Penerangan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
http Pelayan WWW
gopher Pelayan gopher
ftp Pelayan ftp
mailto E-mel
wais Pelayan Maklumat Kawasan Luas (Wide Area Information Server)
telnet Menggunakan komputer pelayan secara jarak jauh
news Berita usenet
file Pelayan fail
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dokumen resmi URL terdapat pada:
file://info.cern.ch/pub/www/doc/url-spec.txt
Dokumen panduan URL juga boleh didapati pada:
http://www.ncsa.uiuc.edu/demoweb/url-primer.html
1.8.2 Pelanggan dan Pelayan Web
Komputer dalam internet yang bercakap dengan bahasa (protokol) HTTP (HyperText
Transport Protocol) dinamakan pelayan web. Manakalan komputer
dalam internet yang boleh mencapai pelayan web dinamakan pelanggan web.
Terdapat beberapa pakej pelayan web. Kita perlu tahu beberapa sifat dan keisitimewaan pakej ini sebelum
membuat pilihan.
Pengkalan web boleh dipasang dengan menggunakan beberapa jenis sistem operasi
seperti Unix, Windows dan Macintosh.
Terdapat beberapa pakej pelayan web. Kita perlu tahu beberapa sifat dan keistimewaan pakej ini sebelum
membuat pilihan.
Perisian Platfom URL
Untuk mencapai maklumat dalam internet melalui WWW, kita perlu menggunakan
'browser' web. Browser adalah suatu kaedah antaramuka
untuk merayau dalam web dan melihat lokasi web tertentu seperti yang
dikehendaki. Browser akan memaparkan kandungan
lokasi yang dirayau. Browser juga boleh diguna untuk mencari,
melihat dan 'downlaod' maklumat dalam internet.
Terdapat banyak perkhidmatan untuk mencari maklumat dalam web
jika dokumen atau lokasi yang ingin dimasuki tidak diketahui. Kemudahan seperti untuk mengambil dan mencetak halaman web
disediakan oleh kebanyakan pelanggan web. Program
pelanggan www juga dipanggil "browser". Pelanggan web
menggunakan protokol HTTP (HyperText Transport Protocol). Bahasa
bagi HTTP dinamakan HTML (HyperText Markup Language).
Contoh browser: Netscape Navigator, NCSA Mosaic, Internet Explorer, HotJava.
1.8.3 Multimedia dalam web
Selain daripada bahasa HTML, web juga boleh digunakan untuk aplikasi
multimedia. Bahasa komputer yang dinamakan Java - bahasa
komputer hibrid C dan C++ dioptimumkan untuk mengendalikan aksi
pelayan/pelanggan dalam web oleh Sun Microsystem. Apllet kecil boleh di
download kepada komputer pelanggan secara terus menerus oleh pelayan web.
VRML (Virtual Reality Modelling Language) yang dibangunkan
oleh Silicon Graphics dan InterVista juga boleh digunakan untuk menghantar
model 3D melalui web.
Selain daripada itu, audio dan video juga dapat dihantar dan
dicapai oleh pengguna web.
Untuk kita dapat mendengar audio melalui internet, komputer
kita perlu mempunyai perisian dan perkakasan yang diperlukan untuk menghasilkan
suara. Fail suara boleh didownload daripada internet.
1.8.4 Enjin Carian Maklumat
Jika kita tidak pasti URL sesuatu lokasi web, kita dapat gunakan enjin carian
untuk mencari lokasi yang dikehendaki. Pengguna hanya perlu
menaipkan kata kunci mengenai subjek yang dicari pada tetingkap enjin carian.
Contoh URL untuk enjin pencari:
Yahoo http://www.yahoo.com/
Excite http://www.excite.com/
WebDirectory http://www.webdirectory
Alta Vista http://www.altavista.digital.com
Infoseek
Memberi perkhidmatan dengan menggabungkan enjin carian dan senarai
perkhidmatan. Ia mencari 'frequnetly asked quantion
(FAQ)', alamat e-mel, berita terkini, senarai syarikat, web dan usenet.
http://www.infoseek.com
Hot Bot
Dikeluarkan daripada eksperimen akademik. Ia
menghadkan untuk carian laman web yang mengandungi teknologi tertentu.
http://www.hotbot.com
Aplikasi seperti ftp, archie, gopher dan wais juga boleh diguna melalui browser
www. Contoh:
ftp://ftp.microsoft.com
Borang permohonan archie:
http://hoohoo.ncsa.uiuc.edu/archie.html
gopher://gopher.sirim.my/
1.8.5 Bookmarking (penanda buku)
Jika kita jumpa lokasi yang menarik dan akan diguna
lagi, lokasi ini boleh disimpan (ditanda) supaya kita tidak lagi perlu menaip
URL tersebut. Kaedah ini dinamakan 'bookmark'.
1.8.6 Senarai dan Dokumen HTML Peribadi
Gunakan kemudahan 'hotlist' dan 'bookmark' untuk maklumat URL atau buat dokumen
web sendiri yang mengandungi hubungan (link) dengan URL berkenaan.
1.9 Virus dalam internet
Kita tidak dapat mengesan kewujudan virus dalam internet. Jika kita download
sesuatu aturcara atau aplikasi dan larikannya (run), kita menghadapi risiko
untuk dijangkiti virus.
1.10 Mengambil (download) imej/ikon
Perlu diingat bahawa internet juga terkaluk kepada undang-undang hakcipta. Kita perlu mempunyai etika.
Contoh pustaka ikon
Ikon umum http://www.ncsa.uiuc.edu/General/Icons/
Ikon Browser http://www.di.unipi.it/iconbrowsers/icons.html
Ikon WWW http://bsdi.com/icons/
1.11 Kesimpulan
Kita telah membincangkan dengan ringkas mengenai internet dan lebihraya
maklumat. Dengan adanya kemudahan seperti ini, kita
dapat berhubung, berbincang, dan berkongsi maklumat dengan pantas. Selain itu internet juga merupakan perpustakaan digital maya, dan
seterusnya dapat digunakan untuk tujuan perniagaan, pendidikan, perbankan,
automasi pejabat dan lain-lain.