Perisian Dan Perkakasan Yang Digunakan

Untuk membangunkan aplikasi multimedia, sistem komputer mestilah berkeupayaan tinggi:

  • Resolusi grafik yang tinggi dan skrin monitor yang besar (17 inci, dpi .28 atau lebih kecil).
  • Kad paparan video (video display card) yang berkeupayaan memaparkan (24 bit-warna).
  • Pemacu CD-ROM atau DVD
  • Mempunyai stereo bunyi 16 bit yang berkeupayaan dengan speaker
  • Modem yang berkuasa tinggi, sekurang-kurangnya model 56kbps
  • Internet dapat diakses dengan menggunakan akuan yang telah didaftarkan melalui ISP.
  • RAM sekurang-kurangnya 256MB
  • Ada pencetak berwarna.

Keupayaan untuk membangunkan produk multimedia adalah sangat bergantung kepada keupayaan perisian dan perkakasan yang digunakan. Pembangun multimedia juga perlu tahu bagaimana komputer bekerja secara keseluruhannya.

Rekabentuk Komputer Multimedia

Tools Multimedia dan produk adalah bergantung kepada keupayaan komputer untuk menangkap, memproses dan mempersembahkan teks, gambar, audio dan video. Keupayaan untuk menghasil dan mempersembahkan animasi dan teknologi grafik adalah memerlukan perisian dan perkakasan komputer yang lebih tinggi kuasanya. Rekabentuk aplikasi multimedia ialah terdiri daripada:

1.       Input, mengandungi pelbagai format data termasuklah memindahkan data analog kepada format digital. Input terdiri daripada teks dari papan kekunci, imej daripada pengimbas, atau menangkap (capture) audio dan video analog.

2.       Simpan dan capai data maklumat digital

3.       Manipulasi dan kemaskini data multimedia; contohnya, kemaskini grafik, audio dan fail digital video. Manipulasi juga melibatkan pembinaan dan pengemaskinian produk multimedia yang kompleks.

4.       Output data multimedia termasuklah pemindahan versi digital ke dalam format analog yang sesuai untuk penggunaan pengguna. Ini termasuklah menempatkan grafik pada skrin dan menghantar suara ke pembesar suara. Gambarajah 1.7 di bawah menunjukkan elemen-elemen perkakasanyang terdapat dalam komputer multimedia.

 

Komponen-komponen komputer multimedia ialah seperti:

  • Input: papan kekunci, tetikus, trackball, spaceball, joystick, data glove, digitizers, pengimbas, skrin sesentuh, light pens, sistem suara, analog audio, analog video, rangkaian dan modem.
  • Output: skrin monitor, pencetak, pembesar suara, modem dan rangkaian
  • Memori: RAM (random access memory), ingatan jangka panjang cakera keras, floppy, magnetic tape, media optikal, dan CD-ROM.
  • Pemproses: mengawal data dan memberi arahan pada komputer
  • Kawalan: BIOS (Basic Input Output System), DOS (Disk Operating System), and GUI (graphical user interface manager), word processor, spreadsheets, dan lain-lain perisian.

Fungsi Input dan Output

  • Menyimpan dan menyebar data.
  • Memindahkan data daripada format analog kepada digital.
  • Menghubungkan 2 atau lebih komputer, yang membolehkan data dipindahkan dan dikongsi dengan komputer lain.

Fungsi Memori

  • Menyimpan data untuk jangka pendek dan jangka panjang
  • Ingatan jangka pendek digunakan untuk menyokong pemproses, input dan output bagi storan sementara.
  • Ingatan jangka panjang adalah untuk menyimpan data yang kekal, contohnya; floppy disks, hard disks, CD Rom, tape dan clips silicon
  • RAM yang besar untuk grafik, analog video, pengeluaran dan penulisan produk multimedia.

Fungsi Pemproses

  • Nadi utama kepada komputer.
  • · Mempunyai kuasa yang tinggi dan berupaya melakukan operasi arithmetic dengan beberapa saat, contohnya: + - (perbandingan).
  • Mengawal arahan yang dihantar komputer, apa yang perlu dilakukan
  • Mengurus operasi input dan output.
  • Mengurus ingatan.

Perisian Grafik

Terdapat dua kelas perisian grafik

  • Pakej pengaturcaraan umum.
  • Pakej aplikasi tujuan khas.

Pakej pengaturcaraan umum

Menyediakan set fungsi grafik yang boleh digunakan dalam bahasa pengaturcaraan paras tinggi, contohnya ; garis, lengkuk dan sebagainya.

Pakej Aplikasi tujuan khas

Ia direkabentuk bagi pengguna bukan pengaturcara dan boleh menjana sebarang paparan grafik tanpa perlu bimbang operasi grafik berfungsi.

 

 

 

Contoh pakej aplikasi

1.       Antaramuka pengguna bergrafik (GUI) -komponen utamanya adalah pengurus tetingkap. Pilihan pengguna diwakilkan dalam bentuk menu atau ikon.

2.       Perwakilan data saintifik - grafik menyediakan tools yang baik untuk mewakilkan data yang kompleks. Perwakilan data ini sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi.

3.       Rekabentuk berbantukan komputer (CAD) - grafik saling tindak digunakan untuk merekabentuk komponen dan sistem bagi peralatan mekanikal, elektrikal, elektronik dan elektromekanikal.

4.       Simulasi dan Animasi - animasi membolehkan gambar bergerak dan digunakan dengan meluas dalam menghasilkan iklan, filem (kartun dan filem sains), hiburan dan sebaginya. Animasi juga digunakan dalam pembelajaran, latihan dan penyelidikan, contohnya; simulasi alat penerbangan, pembelajaran model matematik, fenomena seperti aliran bendalir, kerelatifan, reaksi bahan radioaktif dan kimia serta fungsi organ.

Peralatan Grafik

Peralatan salinan grafik boleh dibahagikan kepada 2 kategori.

1.       Peralatan salinan keras, contohnya; pencetak, pemplot pen, pemplot drum dan perakam filem.

2.       Peralatan salinan lembut, contohnya; paparan video (monokrom dan warna)

Peralatan grafik dikelaskan kepada 2 kategori

1.       Paparan lukisan garis, hanya boleh melukis garis sahaja. Contohnya pemplot pen dan layar vektor-refresh.

2.       Paparan imbas raster (raster scan display). Kebanyakan paparan grafik (salinan keras dan lembut) adalah imbas raster. Gambar diwakilkan sebagai titik bewarna yang dipanggil piksel. Contohnya, pencetak laser, televisyen, ink-jet plotter dan layar imbas raster.

Perkakasan

Perkakasan yang digunakan untuk animasi dan teknologi grafik adalah perkakasan khas untuk multimedia. Ianya berkeupayaan untuk 'capture', menyimpan dan mempersembahkan teks, gambar, audio, dan video. Contohnya:

  • CD-ROM (Compact Disk-Read-Only-Memory)
    • Ianya teknologi read only
    • Berkeupayaan menyimpan data di antara 500-680 megabait.
  • Digital audio dan video. Digital audio dan video biasanya memerlukan perkakasan dan perisian yang khusus seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.8. Terdapat 3 aspek operasi bagi digital audio dan video.

Perkakasan Audio

Digital audio audio memerlukan perkakasan yang khas untuk 'capture' dan main semula bunyi. Audio adalah input bagi dalam komputer yang melalui talian atau mikrofon yang menghubungkan alatan luaran audio seperti tape atau pemain audio CD.

Perkakasan Video

Perkakasan video terdiri daripada alatan untuk memaparkan dan 'capture' video. Alat memaparkan video biasanya dipanggil 'graphic adapter'. Ia boleh memaparkan lebih daripada 16 juta warna di skrin monitor