Sistem Rangkaian Komputer

Sebelum wujudnya Sistem Rangkaian Komputer, pengguna yang ingin berkongsi perisian ataupun fail di dalam persekitaran komputer tunggal terpaksa menggunakan media storan yang boleh dialihkan seperti disket. Namun begitu, kehadiran teknologi rangkaian komputer membolehkan apa yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil menjadi kenyataan yang menguntungkan, menyeronokkan dan merealisasikan impian ramai pengguna.

TAKRIF

Sistem Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu hardware yang terdapat di dalam Teknologi Maklumat dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya. Ini bererti, Sistem Rangkaian Komputer (Computer Networking) merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang berbeza.

MANFAAT RANGKAIAN
Wujudnya Sistem Rangkaian Komputer telah memberikan beberapa manfaat yang besar kepada penguna-penggunanya. Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka. Pengguna hanya perlu membeli sebuah perisian versi rangkaian contohnya LAN Version sudah memadai untuk semua komputer yang terdapat di dalam rangkaian tersebut menggunakannya.

Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi.

Selain daripada itu ialah kemampuan para pengguna rangkaian berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian “chat” di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di antara satu sama lain. Malah, penghantaran memo serta dokumen di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya merupakan budaya serta kaedah kerja di dalam sesebuah pejabat atau syarikat sudah menjadi tidak relevan serta berguna lagi.

Sistem Rangkaian Komputer turut membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal. Contohnya, sebuah pejabat yang mempunyai dua puluh buah komputer, tidak perlu mendapatkan dua puluh buah mesin pencetak untuk membolehkan mereka melakukan tugas cetakan mereka. Sebuah mesin pencetak yang disambungkan kepada mana-mana komputer peribadi di dalam rangkaian tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh komputer-komputer peribadi di dalam sitem rangkaian tersebut.

Konsep rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja. Internet sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada, berupaya menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia. Pengguna boleh menjalankan atur cara komputer dari benua lain dan boleh mencipta “halaman rerumah” (homepage) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali boleh membacanya.

Internet juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta pengguna-pengguna amnya mencari pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan mengenai apa-apa sahaja dari mana-mana sudut dunia dengan hanya melayari dunia internet. Satu kelebihan lagi ialah segala maklumat yang mereka inginkan itu akan mereka dapati di dalam jangkamasa yang singkat sahaja.

 

JENIS-JENIS RANGKAIAN

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:


1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
2.
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
3.
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang  lebih daripada satu batu jaraknya.Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

 Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan atur cara yang tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer khusus. Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (CD drive). Pelayan fail juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.

Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja (workstations). Stesen kerja tidak semestinya berkuasa tinggi seperti pelayan komputer namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail dikenali sebagai pelanggan (client). Pencetak boleh juga disambung kepada rangkaian supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatannya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain.

Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatannya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.
Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut ialah:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
3.
Topologi Gelang Token (Token Ring)

 RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN)  lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.

 Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN ialah di Pasco County yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. Rangkaian MAN di sini dikenali sebagai ‘the MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco  kepada komputer kerangka utama berpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan tanpa tali (wireless communications providers).

Di dalam bidang perniagaan contohnya, satu komputer peribadi menghantar data kepada satu minikomputer atau kerangka utama. Oleh kerana, komputer-komputer yang lebih besar atau berkuasa tinggi sememangnya direka sebagai pelayan (server), ia berfungsi membenarkan mana-mana laluan masuk sesebuah terminal, sesebuah komputer peribadi itu boleh berkomunikasi dengan sebuah minikomputer atau kerangka utama.

Ini akan hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh bersaing atau menyerupai sebuah terminal. Oleh yang demikian, rangkaian ini akan berjaya apabila komputer peribadi itu dilengkapkan dengan terminal emulation software. Komputer yang lebih besar itu kemudiannya mengtanggapi komputer peribadi atau stesen kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam rangkaian perantaraan komunikasi input-output.

 Apabila komputer yang lebih kecil disambungkan ke komputer ke komputer yang lebih besar, perhubungannya dirujuk sebagai perhubungan mikro-ke-kerangka utama. Komputer besar di mana terminal atau komputer peribadi disambungkan dikenali sebagai komputer hos. Jika sebuah komputer peribadi itu digunakan sebagai terminal, perisian memindahkan fail (file transfer software) membenarkan pengguna untuk memindahkan fail (download) dari hos ataupun menghantar data ke hos (upload). Download file bererti membuka dan mengambil data dari sebuah komputer peribadi yang lain dan menghantar data ke komputer yang berkenaan yang diminta oleh pengguna. Upload file pula bererti pengguna membuka fail data dan menghantarkannya ke sebuah komputer yang lain.

RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)

 Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.
 Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.

 Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal memgabungkan dua atau lebih Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai ibu pejabat di suatu tempat, kilang di suatu tempat yang lain dan gabungan pemasaran di suatu kawasan yang agak jauh dari kedua-dua kawasan tersebut.

TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:


1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2.
Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4.
Topologi Pepohon (Tree)

5. Topologi Hierarki

TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)
Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator)  yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk.

KAEDAH TOPOLOGI LINEAR BAS BEKERJA
Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri.

 Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.

 Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh penghantar.
 Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN LINEAR BAS


KEBAIKAN
1.
Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah
    topologi Linear Bas.

2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.

KEKURANGAN
1.
Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya
    menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
2. Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang
    belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem
    rangkaian itu gagal berfungsi.
4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama
    di dalam sesebuah bangunan yang besar.

 

 

TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)

Selain daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang agak popular ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk topologi yang menjadi pilihan di kalangan pengguna rangkaian yang serius. Segmen industri khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.
Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya dengan topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hab. Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan. Manakala komputer peribadi iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambung pula kepada hab. Kaedah serta fungsi topologi ini beroperasi juga berbeza sedikit dengan kaedah operasi topologi bas. Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hab.

Hab pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.Topologi ini juga agak stabil serta mudah diurus. Oleh kerana ia berteraskan kepada penggunaan hab, kerosakan pada mana-mana nod serta komputer peribadi tidak akan memberikan kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut. Namun, jika ada masalah pada hab anda, alamatnya bermasalahlah rangkaian tersebut.

KAEDAH TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH BEKERJA


 Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan kepada satu atau lebih komputer yang kecil. Di dalam sistem seperti ini,  semua komunikasi mestilah melalui komputer hos sebelum bergerak ke satelit jauh yang sesuai. Apabila nod di dalam tatarajah rangkaian disambungkan kepada talian secara berasingan, kesemua nod-nod tersebut akan menghala ke hab yang sama atau ke stesen pusat. Stesen pusat lazimnya mengandungi suis untuk menyambungkan sebarang talian dengan sebarang talian yang lain. Nod akan menghantar mesej alamat nod di mana mesej itu hendak ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat ke pusat stesen.

Walau bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk mengeluarkan mesej secara serentak. Stesen pensuisan kemudiannya akan meninjau setiap nod yang disambungkan kepadanya dengan tetap dan teratur. Dengan mengambil giliran untuk membuka dan menutup suis, stesen turut berfungsi bagi mengelakkan sebarang mesej daripada berlanggar. Bagi mengelakkan sebarang nod daripada memonopolikan rangkaian tersebut, stesen pensuisan akan hanya membenarkan sebahagian kecil daripada mesej melalui suis pada setiap kali. Mesej lain perlulah menunggu giliran sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH

 
KEBAIKAN
1.
Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)
2.
Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau periferal

    disambung atau dialih.
3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan
    perkakasan yang rosak.

KEKURANGAN
1.
Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk
    menjalankan tugasnya.
3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana
    melibatkan kos concentrators yang agak mahal.
4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan menyebabkan
    kehilangan besar kuasa pengkomputeran.

TOPOLOGI GELANG TOKEN (TOKEN RING) ATAU BINTANG CECINCIN (STAR-WIRED RING)

Jenis topologi ini tidaklah sebegitu popular sebagaimana topologi bas dan topologi bintang. Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya. Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.

 Walaupun topologi ini seakan-akan ada persamaan dengan topologi bas, namun ia juga mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Di antara perbezaanya ialah kaedah mesej serta isyarat dihantar. Jika topologi berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala, topologi ini pula menghantar secara sehala. Ini bermakna ia akan melalui setiap nod serta komputer peribadi yang terdapat di dalam rangkaian tersebut sehingga sampai kepada komputer destinasi. Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos topologi ini yang selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan rangkaian menggunakan topologi-topologi yang lain. Namun ia tidaklah sebegitu digemari kerana adalah sukar untuk menambah upaya sesebuah rangkaian yang menggunakan topologi seumpama ini.

BAGAIMANA TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN BEKERJA
Rangkaian gelang ini terdiri daripada beberapa sistem komputer yang berpaut secara bersiri di antara satu sama lain, tanpa komputer hos pusat. Komunikasi hanya boleh dilakukan secara terus antara sistem-sistem satelit. Semua nod pada rangkaian gelang token disambungkan kepada litar yang sama, yang membentuk gegelung selanjar. Token, yang mengandungi mesej pendek (walaupun semuanya kosong), beredar secara berterusan di sekeliling gegelung dan dibaca melalui kad penyesuai gelang token pada setiap nod ketika token lalu.

Nod yang hendak menghantar mesej menyambar token semasa ia lalu, dan mengubah kod perduaan di dalam token untuk mengumumkan bahawa ia sedang digunakan. Ia turut menyertakan mesej nod bersama-sama dengan alamat nod yang ditujukan dan kod pemeriksaan ralat. Hanya satu mesej sahaja pada setiap kali perjalanan yang boleh diedarkan pada rangkaian.

Disebabkan rintangan elektrik yang merupakan sebahagian daripada sebarang litar akan secara beransur-ansur menghilangkan token dan mesejnya yang disertakan, setiap nod mengandungi pengulang yang menjana semula keseluruhan mesej untuk mengekalkan kekuatan dan integriti data.
Setiap nod akan memeriksa token semasa ia berlalu untuk melihat sama ada token mengandungi alamat nod. Mesej yang dimaksudkan untuk nod membuat salinan mesej dan kemudian meneruskan penghantarannya di sepanjang gelang. Mesej akhirnya kembali ke nod asal, yang kemudian membuang mesej tersebut dan mengembalikan isyarat, yang mana kesemuanya kosong sama seperti keadaan asalnya.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN


KEBAIKAN
1.
Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan
    alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.

2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
3. Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk
    mengasingkan perkakasan yang berkenaan.

KEKURANGAN
1.
Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan juga turut gagal
    berfungsi.

Walaupun Topologi Gelang Token kelihatan serupa pada zahirnya dengan topologi bintang, namun begitu sebenarnya Topologi Gelang Token telah dilengkapi dengan MAU ( multistation access unit) yang mengandungi kabel dan pendawaian yang membenarkan topologi ini menghantar informasi atau maklumat dari satu peranti ke satu peranti yang lain di dalam bentuk bulatan (in a circle).

TOPOLOGI PEPOHON (TREE)

Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk topologi bas. Topologi  Pepohon ini membenarkan suatu perluasan atau pengembangan bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah menyelaraskan satu rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON


KEBAIKAN
1.
Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.
2. Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling
    melengkapi di antara satu sama lain.

KEKURANGAN
1.
Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabel
    yang digunakan.

2. Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan
    segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
3. Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan
    topologi-topologi yang lain.

ATURAN 5-4-3
Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina rangkaian topologi pepohon melalui penggunaan protokol Ethernet ialah Aturan 5-4-3.
Satu aspek di dalam protokol Ethernet memerlukan satu isyarat dihantar keluar melalui kabel rangkaian dan melalui setiap bahagian di dalam rangkaian di dalam jangkamasa yang spesifik. Setiap concentrator atau pengulang (repeater) yang dilalui oleh isyarat telah menambahkan bilangan masa lagi. Ini membawa kepada penetapan di mana, apabila terdapat dua nod di dalam rangkaian, hanya sebanyak 5 segmen sahaja yang dibenarkan pada tahap maksima.
Kemudian,  5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang (repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3 daripada segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya jika ia dibuat daripada kabel koaksial.

Satu perkembangan segmen bermaksud satu segmen yang mengandungi satu atau lebih nod yang disambungkan kepadanya. Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak boleh diikuti oleh protokol rangkaian yang lain  atau protokol Ethernet bila mana kesemua kabel yang digunakan adalah kabel fiber optik.

TOPOLOGI HIERARKI


Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang terendah ialah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja. Peringkat ini dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi daripadanya dan kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.

TIMBANG TARA YANG PERLU SEMASA MEMILIH TOPOLOGI
Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sewaktu hendak memilih sesuatu topologi. Di antara kriteria-kriteria tersebut ialah:
1. Kewangan
Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan topologi-topologi yang lain tambahan pula topologi bas tidak memerlukan concentrator.
2. Kabel
Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang kurang panjang berbanding topologi yang lain.
3. Manfaat Jangka panjang
Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi concentrator.

4. Jenis kabel
Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel pasangan berpintal tidak berlapik (unshielded twisted pair – UTP)

KESIMPULAN CARTA KABEL
TOPOLOGI FIZIKAL
KABEL YANG SESUAI
PROTOKOL SESUAI

Linear Bas
Kabel sipaksi (Coaxial)
Pasangan berpintal(shielded pair)

Fiber optik
Ethernet
Local Talk

Bintang
Pasangan berpintal
Fiber
Ethernet
Local Talk

Bintang Cecincin (Star-wired ring)
 Pasangan berpintal
Gelang Token

Pepohon (Tree)
Kabel sipaksi
Ethernet

PERKAKASAN

 Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
 Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
1    Fail pelayan
2    Stesen kerja
3    Kad antara muka
4    Concentrators / Hab
5    Pengulang (repeaters)
6    Jambatan (Bridges)
7   Router

FAIL PELAYAN


Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.
Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat  di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan maklumat,  menerima  fail   data   dari   satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej
e-mel pada masa yang masa. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.
 Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1 mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power PC)
2 cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 Gigabait
3 satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan data
    selepas penggunakan disket
4 satu unit fail sandaran
5 beberapa slot perluasan
6 Kad antara muka yang pantas
7 Sekurang-kurangnya 32 MB RAM

STESEN KERJA
Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN (NIC)
 Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja.
Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer. Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau  port SCSI. Komputer laptop biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA.
 Kad antara muka rangkaian turut mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian.Adalah lebih baik menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan. Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad Ethernet, penyambung LocalTalk dan kad Gelang Token.

KAD ETHERNET
 Kad Ethernet biasanya dijual secara berasingan dengan komputer di pasaran, walaupun banyak komputer seperti Macintosh kini menyediakan satu pilihan di mana kad tersebut dimasukkan terus di dalam papan induk sesebuah komputer. Kad Ethernet turut menggunakan penyambung melalui kabel koaksial atau kabel pasangan berpintal (atau kedua-duanya sekali). Jika ia direka untuk kabel koaksial, penyambungnya ialah BNC. Jika ia direka untuk kabel pasangan berpintal pula, ia menggunakan oenyambung RJ-45.
Beberapa kad Ethernet turut mengandungi penyambung AUI. Ini boleh digunakan untuk menyambungkan kabel koaksial, pasangan berpintal atau fiber optik kepada kad Ethernet. Apabila kaedah ini digunakan, satu alat penghantar-terima luaran diperlukan  pada stesen kerja ini.

PENYAMBUNG LOCALTALK
 Penyambung LocalTalk merupakan salah satu hasil ciptaan Apple bagi menyelesaikan masalah rangkaian komputer Macintosh.Ia mengandungi satu kotak adapter yang khas dan kabel yang dipasangkan kepada port selari sebuah komputer Macintosh. Kekurangan utama pada LocalTalk ialah ia amat perlahan berbanding dengan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet beroperasi pada kelajuan 10 Mbps berbanding dengan LocalTalk yang hanya beroperasi pada kelajuan 230 Kbps atau 0.23 Mbps.

PERBANDINGAN DI ANTARA PENYAMBUNG ETHERNET DENGAN LOCALTALK
ETHERNET

LOCALTALK
 Penghantaran data pantas (10 Mbps)
 Penghantaran data perlahan (0.23 Mbps)
Mahal (dijual berasingan)
 Dibina di dalam Macintosh
Memerlukan slot komputer
 Tiada slot diperlukan
Digunakan pada sebarang komputer
 Hanya digunakan pada Macintosh

 KAD GELANG TOKEN
 Kad rangkaian Gelang Token merupakan kad yang hampir sama dengan Ethernet. Satu perbezaan yang dapat dilihat ialah jenis penyambung  yang terletak di bahagian belakang kad tersebut. Kad Gelang Token biasanya mempunyai sembilan pin DIN jenis penyambung bagi meyambungkan kad tersebut kepada kabel rangkaian.

CONCENTRATORS / HAB
Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. Di dalam topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hab adalah concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya. Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.
 Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya:
1 Berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port
2 Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin
3 Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar
4 Juga dipanggil hab
5 Biasanya dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem,
    jambatan dan router

PENGULANG (REPEATER)
 Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.
Satu conoth penggunaan pengulang baik ialah pada LAN yang menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik pasangan berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100 meter. Konfigurasi yang paling lazim ialah penyambungan setiap stesen kerja melalui kabel pasang berpintal kepada concentrator port pelbagai aktif. Concentrator memberi tenaga kepada semua isyarat yang melaluinya dan membenarkan had jumlah panjang kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.

JAMBATAN (BRIDGES)
Sebuah jambatan atau penghubung  berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.
Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.Kebanyak jambatan berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah.
Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.

ROUTER
Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas.
 Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal.
 Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet.
Router berupaya untuk:
1 Mengarahkan isyarat trafik dengan berkesan
2 Mengarahkan mesej di antara dua protokol
3 Mengarahkan mesej di antara rangkaian bas, bintang dan bintang cecincin
4 Mengarahkan mesej merentasi kabel fiber optik, koaksial dan kabel pasangan
    berpintal

PENGKABELAN

 Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan.
Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya.Di antara jenis-jenis kabel yang digunakan di dalan rangkaian ialah seperti:
1 Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP)
2 Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair – STP)
3 Kabel Sipaksi (Coaxial )
4 Kabel Fiber Optik
5 Penghantaran tanpa Wayar (Wireless Transmission)

KABEL TIDAK BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL (UTP)
Kabel Pasangan Berpintal (Twisted Pair) hadir di dalam dua bentuk iaitu berlapik (shielded) dan  tidak  berlapik  (unshielded). Kabel tidak  berlapik  pasangan
berpintal (unshielded twisted pair- UTP) merupakan jenis kabel yang paling popular
dan pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di sekolah-sekolah.
 Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi. Kabel UTP mempunyai empat pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir atau dari peranti bereletrik yang lain. EIA/TIA(Electronic Industry Association/Telecommunication Industry Association) telah mengiktiraf mutu dan standard UTP dan memberikan lima kategori utama.

Kategori bagi kabel tidak berlapik pasangan berpintal
JENIS KEGUNAAN
Kategori 1   Suara sahaja (talian telefon)
Kategori 2   Data ke 4 Mbps (Local Talk)
Kategori 3   Data ke 10 Mbps (Ethernet)
Kategori 4   Data ke 20 Mbps (16 Mbps Gelang Token)
Kategori 5   Data ke 100 Mbps (Ethernet Pantas)
 Perbezaan di antara kategori-kategori di atas ialah dari segi pintalan yang ketat bagi setiap pasangan wayar. Pintalan yang ketat berfungsi menyokong kadar penghantaran yang lebih bermutu walaupun melibatkan kos yang lebih tinggi.

PENYAMBUNG KABEL TIDAK BERLAPIK  PASANGAN BERPINTAL ( UNSHIELDED TWISTED PAIR CONNECTOR)
 Penyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal ialah  RJ-45 connector. Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon. Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungkan dari hanya satu hala (sisi) sahaja. RJ bermakna Registered Jack yang mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan talian telefon.

KABEL BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL
Satu kekurangan kabel UTP ini ialah ia mudah terpengaruh dengan gelombang frekuensi radio dan alat elektrik yang lain. Kabel berlapik pasangan berpintal ini amat sesuai untuk persekitaran yang mempunyai banyak gelombang frekuensi alat elektrik. Namun begitu, lapik yang lebih menjadikan kabel ini cepat hambar. Kabel jenis ini sesuai digunakan pada rangkaian yang menjalankan topologi Gelang Token.

KABEL KOAKSIAL (COAXIAL)
Kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik  yang terletak di tengah-tengah. Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik pintalan besi. Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari cahaya florensen, komputer dan sebagainya.
Walaupun pengkabelan koaksial agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Selain daripada itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal.
 Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada  panjang bagi segmen maksima iaitu 200 meter. Kabel koaksial yang nipis ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.
 Kabel koaksial yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan koaksial tebalmembawa isyarat Ethernet.
Angka 5 mewakili segmen maksima iaitu 500 meter. Kabel koaksial ini mempunyai penutup (cover) plastik yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang berada di tengah-tengah. Ini menjadikan ia mampu menampung gelombang yang lebih besar terutama pada topologi linear bas. Namun begitu, kekurangan kabel ini ialah ia amat sukar untuk dibengkokkan dan ini turut menyukarkan proses kemasukan (install).

PENYAMBUNG KABEL KOAKSIAL
Penyambung yang paling sesuai digunakan dengan kabel koaksial ialah Bayone-Neil-Councelman (BNC). Adapter yang berlainan disediakan untuk penyambung BNC dan ini termasuklah T-connector, barrel connector dan pemula dan pemutus litar (terminator). Penyambung bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi sesuatu rangkaian. Bagi mengelakkan masalah dengan sesuatu rangkaian, eloklah menggunakan BNC yang mudah dikacipkan dan bukan diskrukan kepada kabel.

KABEL FIBER OPTIK
Pengkabelan Fiber Optik mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah. Ia dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung. Ia menghantar cahaya dan bukannya isyarat elektronik dan mengurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik. Ini menjadikan ia amat ideal bagi persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi yang tinggi. Ia turut merupakan bahan yang paling bermutu bagi menyambungkan rangkaian antara bangunan terutama kelebihannya yang lali tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu kelembapan dan cahaya.
 Kabel fiber optik berkuasa menghantar isyarat di dalam lingkungan kawasan yang lebih besar berbanding kabel koaksial dan pasangan berpintal. Ia turut mempunyai keupayaan membawa informasi pada kepantasan yang tinggi. Kapasiti sebegini telah memperluaskan keupayaan berkomunikasi termasuklah perkhidmatan berinteraktif dan perundingan bervideo (video conferencing).
 Kos perkabelan fiber optik adalah jauh berbanding perkabelan tembaga namun begitu  ia adalah sukar untuk dimasukkan (install) dan diubahsuai. 10BaseF merujuk kepada spesifikasi untuk kabel fiber optik membawea isyarat Ethernet.
 Fakta mengenai kabel fiber optik:
1 Jaket luar pelindung diperbuat daripada Teflon atau PVC.
2 Fiber Kevlar membantu memperkuatkan kabel dan menghalangnya dari patah.
3 Satu lapisan plastik bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah.
4 Wayar yang di tengah-tengah diperbuat daripada fiber plastik atau kaca.

PENYAMBUNG FIBER OPTIK
 Penyambung yang lazim digunakan dengan kabel fiber optik ialah penyambung ST. Ia berbentuk barel dan hampir sama dengan penyambung BNC. Satu lagi penyambung yang baru diperkenalkan ialah SC dan kini menjadi kian popular. Ia bermuka segiempat sama dan lebih mudah disambungkan di tempat yang terhad.

RINGKASAN KABEL ETHERNET
SPESIFIKASI JENIS KABEL PANJANG MAKSIMA
10BaseT Tidak berlapik pasangan berpintal 100 meter
10Base2 Koaksial nipis 185 meter
10Base5 Koaksial tebal 500 meter
10BaseF Fiber optik 1000 meter

TRANMISI  TANPA KABEL
Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan tranmisi atau penghantaran tanpa kabel. Penghantaan cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi atau sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja dan fail pelayan. Setiap stesen kerja dan fail pelayan yasng mempunyai rangkaian tanpa kabel  biasanya mempunyai satu penghantar isyarat atau antena  bagi membolehkan data dihantar dan diterima. Informasi digilirkan di antara penghantar-terima seperti ia benar-benar bersambung secara fizikal. Bagi jarak yang lebih jauh komunikasi tanpa kabel boleh juga dijalankan melalui penggunaan telefon selular atau melalui satelit.
 Rangkaian sebegini sangat sesuai bagi menghubungkan komputer laptop atau komputer mudahalih dengan LAN. Rangkaian tanpa kabel begini amat sesuai dijalankan di bangunan-bangunan yang lama di mana perkabelan sukar untuk dijalankan.
 Namun begitu, transmisi tanpa kabel begini ada juga kekurangannya. Kos yang diperlukan adalah tinggi, keselamatan tidak begitu menyakinkan dan mudah tergugat dengan kehadiran gelombang frekuensi tinggi radio dan cahaya.

BEBERAPA TIPS PERKABELAN
 Terdapat beberapa peraturan yang perlu diingat sebelum menjalankan perkabelan bagi sesuatu rangkaian. Di antara perkara tersebut ialah:
1 Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari yang diperlukan. Jangan terlalu
    longgar atau terlalu tegang kabel tersebut.

2 Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung kabel. Walaupun kabel
    yang baru tidak semestinya ia tidak bermasalah dan adalah lebih sukar untuk
    mengesan masalah tersebut nanti.
3 Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu florensen dan perkakasan lain yang
    bergelombang elektrik.
4 Jika perlu memasang kabel merentangi lantai, tutuplah kabel tersebut dengan
    penutup kabel yang selamat.

5 Labelkan kedua-dua permula dan penghujung kabel.
6 Gunakan pengikat kabel yang betul dan bukannya pengikat kabel plastik
    (contohnya selotep) bagi mengekalkan kabel pada kekudukannya yang sebenar.

PERISIAN DAN SISTEM PENGOPERASIAN SISTEM PENGOPERASIAN
RANGKAIAN (NETWORK OPERATING SYSTEMS -NOS)

Berbanding dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, Sistem Pengoperasian Rangkaian  (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.
Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:
1  sesama pelanggan (peer-to-peer)
2   pelanggan-pelayan (client-server)

SESAMA PELANGGAN (PEER-TO-PEER)
Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer) membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain.
 Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanngan ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya. Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup).

KEBAIKAN RANGKAIAN SESAMA PELANGGAN
(PEER-TO-PEER)
1    Kos dapat dikurangkan  -  fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
2    Sistem -  Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di
      dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi
      membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.

KEBURUKAN RANGKAIAN SESAMA PELANGGAN
1  Tidak berpusat -  Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
2   Keselamatan -  Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan
                                rangkaian.

PELANGGAN – PELAYAN (CLIENT-SERVER)
Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.

 Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

KEBAIKAN RANGKAIAN PELANGGAN-PELAYAN
1     Berpusat  -  Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
2     Memenuhi keperluan  -  Mana–mana elemen dan dokumen boleh dialihkan
       secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
3     Fleksibel  -  Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat
       dimasukkan ke dalam sistem.
4    Interoperasi -  Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail
      pelanggan bekerja bersama-sama.

KEBURUKAN RANGKAIAN PELANGGAN - PELAYAN
1    Perbelanjaan  - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan
          fail pelayan yang dedikasi.
2    Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang
         menjamin kecekapan operasi.
3    Permasalahan  - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi
         akan turut tergugat dan bermasalah.

CONTOH-CONTOH SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian yang melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan pelayan-pelanggan ialah:
1   AppleShare
2   LANtastic
3   Microsoft Windows untuk Workgroups
4   Microsoft Windows NT Server
5   Novell Netware

PROTOKOL

 Sesuatu protokol itu adalah satu set peraturan yang mentadbir talian komunikasi di antara  beberapa buah komputer yang terdapat pada suatu rangkaian. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah garis panduan yang merangkumi  beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data.
 Contoh-contoh  protokol yang paling popular digunakan ialah:
1  Ethernet
2  Local Talk
3  Token Ring
4   FDDI

ETHERNET
Protokol Ethernet merupakan protokol yang paling digunakan dengan meluas. Ethernet menggunakan cara kemasukan (access method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision Detection).
Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian. Jika rangkaian didapati tidak sibuk, barulah komputer tersebut menyampaikan maklumat atau mesejnya. Jika satu nod lain terlebih dahulu telah menyiarkan mesejnya melalui kabel, komputer tersebut akan menunggu dan akan mencuba sekali lagi apabila laluan membenarkan.
Kadangkala terdapat dua komputer yang kebetulan menghantar mesej pada waktu yang serentak. Apabila kejadian ini berlaku maka akan terjadilah perlanggaran. Kedua-dua komputer tersebut akan berundur buat sementara sebelum menghantar mesej semula. Dengan sistem penghantaran yang sebegini, pelanggaran merupakan sesuatu yang lumrah. Walau bagaimana pun, kelewatan yang terjadi akibat perlanggaran dan penghantaran semula data itu tadi, adalah kecil dan biasanya tidak mempengaruhi kepantasan penghantaran data di dalam rangkaian.
Protokol Ethernet biasanya digunakan untuk topologi linear bas, bintang atau pepohon. Data boleh dihantar menggunakan kabel pasangan berpintal (twisted pair), kabel sipaksi (coaxial) atau kabel fiber optik pada kepantasan 10 Mbps.

ETHERNET PANTAS (FAST ETHERNET)
Bagi mempertingkatkan penghantaran maklumat yang lebih pantas, protokol Ethernet telah membangunkan suatu standard yang menyokong dan membolehkan 100 Mbs. Inilah yang dikenali sebagai Ethernet pantas.Ethernet pantas memerlukan penggunaan concentrator atau hab yang berlainan dan lebih mahal kosnya serta rangkaian kad antaramuka (network interface cards). Sebagai tambahan, kabel 5 pasangan berpintal (twisted pair) ataupun kabel fiber optik jika perlu.

LOCAL TALK
Local Talk merupakan satu protokol rangkaian yang dibangunkan oleh Apple Computer untuk Komputer Macintosh.
Cara yang digunakan oleh Local Talk dipanggil CSMA/CA (Carrier Sense Multiple Access dengan Collision Avoidance).  Ia hampir sama dengan CSMA/CD kecuali komputer memberi isyarat terlebih dahulu sebelum data hendak dihantar. Adapter bagi Local Talk dan kabel pasangan berpintal yang khas boleh digunakan untuk menghubung satu siri komputer menggunakan port bersiri.Sistem operasi Macintosh membenarkan sitem pengoperasian sesama pelanggan (peer-to-peer) tanpa perlu perisian tambahan. Dengan penambahan versi fail pelayan dari perisian AppleShare, sistem pelanggan-pelayan (client-server) bleh dilaksanakan.
 Protokol Local Talk membenarkan topologi linear bas atau topologi pepohon dengan menggunakan kabel pasangan berpintal. Satu kekurangan kecil bagi Local Talk ialah dari segi kepantasan. Kepantasan bagi penghantaran maklumat bagi Local Talk hanyalah 230 Kbps.

TOKEN RING
Protokol Token Ring telah dibangunkan oleh syarikat IBM pada pertengahan tahun 1980-an. Cara kemasukan (access method) menggunakan cara penghantaran maklumat di dalam suatu bulatan.
Di dalam Token Ring, beberapa komputer dihubungkan bagi membolehkan isyarat berlegar di sepanjang talian rangkaian komputer tersebut. Satu token elektronik bergerak mengelilingi bulatan dari satu komputer ke satu komputer  dan jika komputer tersebut tidak mempunyai informasi untuk dihantar, ia akan bergerak melepasi komputer tersebut ke stesen kerja yang seterusnya. Jika komputer tersebut hendak menghantar maklumat, ia akan mengisi data atau maklumat kepada token yang datang kepadanya.
Token tersebut kemudiannya bergerak meneruskan perjalanannya sehingga ia sampai kepada komputer di mana data atau maklumat tersebut hendak dihantar. Pada titik ini, data atau maklumat tersebut akan diperolehi oleh komputer yang menerima.
Protokol Gelang Token mengkehendaki topologi Bintang Cecincin (star-wired ring) dengan penggunaan kabel pasangan berpintal (twisted pair) atau kabel fiber optik. Ia berupaya menjalankan operasi pada kepantasan 4 Mbps atau 16 Mpbs. Oleh kerana penggunaan Ethernet yang semakin popular, persekitaran sekolah semakin kurang menggunakan Gelang Token.

FIBER PENGAGIHAN DATA ANTARA MUKA  (FDDI)
Fiber Pengagihan Data Antara Muka (Fiber Distributed Data Interface – FDDI)
merupakan satu protokol rangkaian terutamanya untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian kawasan setempat, bagi meliputi kawasan-kawasan yang jauh jaraknya.
Cara kemasukkan (access method) yang digunakan oleh FDDI turut melibatkan penghantaran token. FDDI menggunakan topologi fizikal cecincin berkembar. Penghantaran biasanya terjadi pada salah satu daripada token atau cecincin, namun begitu jika berlakunya kegagalan di dalam rangkaian, sistem tersebut akan menggerakkan informasi secara automatik menggunakan perjalanan rangkaian yang kedua seterusnya membentuk satu rangkaian baru yang lengkap.
 Kelebihan yang ketara bagi penggunaan FDDI ialah kepantasan di dalam penghantaran maklumat. Ia beroperasi menggunakan kabel fiber optik pada 100 Mbps.

 

KESIMPULAN KEUPAYAAN PROTOKOL
PROTOKOL
KABEL
KEPANTASAN
TOPOLOGI

Ethernet
Pasangan berkembar,
Sipaksi, fiber
10 Mpbs
Linear Bas, Bintang,
Pepohon

Fast Ethernet
Pasangan berkembar,
Fiber
100 Mpbs
Bintang

Local Talk
Pasangan berkembar
23 Mpbs
Linear Bas, Bintang

Token Ring
Pasangan berkembar
4 Mpbs – 16 Mpbs
Bintang Cecincin

FDDI
Fiber
100 Mpbs
Cecincin berkembar
(Dual Ring)

INTERNET

Internet ialah semua rangkaian komputer di seluruh dunia yang disambungkan dengan rangkaian yang lebih kecil dan bergerak lebih perlahan. Ia mempunyai amat banyak maklumat untuk dicapai oleh sesiapa sahaja, dan ia menyediakan penghantaran maklumat serta-merta ke seluruh dunia. Ini membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam masa beberapa minit sahaja.
 Oleh sebab Internet semakin bertambah popular, ia akan menjadi sebahagian daripada hidup anda. Pada mulanya, Internet hanya terdapat di dalam sistem pendidikan, perbadanan, kerajaan atau agensi lain, dan sangat mahal serta sukar untuk mendapatkan laluan ke Internet. Pada masa ini, Internet boleh disambung melalui pelbagai kaedah menggunakan khidmat komersil atau Penyedia Khidmat Internet (Internet Service Provider- ISP) yang semakin bertambah bilangannya.
 Internet tidak lagi terhad kepada pakar teknikal atau individu yang pandai komputer sahaja. Sesiapa sahaja yang ada laluan komputer boleh menggunakan Internet sebelum dekad ini berakhir. Internet akan terus berubah dan berevolusi.Teknologi baru akan terus muncul dan menyebabkan sesetengah teknologi sekarang menjadi usang. Walaupun Internet berada pada tahap perkembangan awal, inilah masanya untuk meneroka dan menjelajahi maklumat yang begitu banyak yang didapati pada Internet.
 Pertumbuhan Internet yang pesat telah mewujudkan cara baru untuk berkomunikasi. Popularitinya dicerminkan oleh pelbagai media yang kita gunakan pada hari ini.

Setiap hari, televisyen, radio dan media cetak mewar-warkan rujukan URL, atau alamat lokasi Internet mereka pada penghujung rancangan masing-masing. Banyak syarikat yang telah melabur masa dan wang mereka pada Internet.
Di antara komponen Internet yang penting ialah Web. World Wide Web telah berkembang menjadi suatu cara baru berkomunikasi dengan jutaan manusia. Di dalam tempoh antara bulan Julai 1995 hingga Januari 1996, bilangan komputer yang tersambung secara langsung kepada rangkaian fizikal Internet, yang juga dikenali sebagai hos, telah meningkat sekurang-kurangnya 70%.
 Pertumbuhan Internet yang mendadak boleh dikatakan akibat daripada perkembangan penyemak seimbas (browser) Web bergrafik yang begitu pantas. Komponen grafik Web telah mewujudkan suatu media baru kepada banyak syarikat untuk mengiklankan produk mereka dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.
 Walaupun Web merupakan komponen Internet yang penting, namun begitu ada juga bahagian-bahagian lain Internet yang dapat membawa anda kepada penemuan yang menarik. Di antaranya ialah tapak Gopher dan FTP. Sistem pacuan menu tapak Gopher mengandungi teks dan maklumat lain. Pelayan FTP juga membolehkan anda memuat turun (download) fail teks dan juga fail audio serta video. Dengan pelayan FTP, fail dari sistem yang jauh boleh dipindahkan ke komputer pengguna.

Mel elektronik, atau mel-e merupakan satu lagi alat penting yang boleh digunakan. Mel-e menyediakan cara pantas untuk berhubung dengan orang lain dalam jabatan yang sama mahupun di seluruh dunia. Berbanding dengan kiriman surat melalui perkhidmatan pos yang mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu, mesej mel-e dapat disampaikan di dalam beberapa minit sahaja.
 Sama seperti mel-e, kumpulan berita merupakan satu lagi cara berkomunikasi dengan orang lain. Kumpulan berita ialah forum perbincangan dalam Usenet, tempat pengguna bertukar-tukar fikiran tentang tajuk yang khusus. Menghantar mesej kepada kumpulan berita sama seperti menghantar mesej kepada semua orang dalam suatu senarai mel yang besar.
 Kebanyakan alat Internet ini dapat dimasuki melalui penyemak seimbas Web seperti Netscape Navigator atau Internet Explorer. Tapak Web, Gopher dan FTP boleh menukar malahan membina rangkaian yang terputus. Oleh kerana sifat Internet yang sentiasa berkembang, pengalaman Internet pengguna akan berubah setiap kali pengguna menggunakan penyemak seimbas Web.