Teks dalam Multimedia

Teks juga memainkan peranan untuk membentuk sesuatu perkataan dan perenggan bagi tujuan berkomunikasi, menyampaikan ide dan fakta dalam apa jua tujuan. Dalam penghasilan produk multimedia, teks memainkan peranan amat penting untuk menerangkan bagaimanakah aplikasi yang dihasilkan berfungsi, panduan kepada pengguna untuk melayari aplikasi tersebut, dan menghantar maklumat pada aplikasi yang telah direkabentuk. Teknologi teks pada asasnya banyak dgunakan dalam sistem multimedia. Bagaimanakah teks tersebut dibangunkan dan dikemaskini, bagaimana ia disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk pembangunan. Pada tajuk ini akan menerangkan ciri-ciri teks, dan bagaimana ia disimpan dalam produk multimedia.

Typeface Dan Fon.

Aplikasi multimedia banyak bergantung kepada penggunaan teks dalam banyak aspek, termasuklah:

Elemen teks ini boleh jadi besar dan jelas atau kecil sebagai sub-tajuk. Ia bergantung kepada tujuan aplikasi dan juga skop pengguna. Teks merupakan cara biasa yang digunkan untuk menyampaikan maklumat, namun begitu teks selalunya akan diiringi dengan gambar, audio dan video. Pada asasnya teks adalah kunci komponen bagi setiap aplikasi yang dibangunkan.

1.       Teknologi Teks
Teknologi teks adalah berdasarkan kepada pembinaan huruf, nombor dan karakter seperti noktah, koma, dan tanda ringgit untuk membangunkan perkataan, ayat dan perenggan bagi sesuatu maklumat. Elemen-elemen teks dikategori kepada :

o        Karakter Alphabet: English- A hingga Z, termasuk huruf besar dan kecil yang bergantung kepada bahasa.

o        Nombor 0 hingga 9

o        Karakter istimewa: tanda bacaan (. , ; ' "), sign ($ + = -), dan juga karakter yang tidak tercetak.

§         Teks, sebagai media maklumat

§         Typefaces, persembahan grafik bagi alphabet, nombor dan karakter istimewa yang selalu digunakan dalam pelbagai saiz dan jenis.

§         Font, saiz yang tertentu bagi typeface; contoh, "14 point Times New Roman"

Dalam Rajah 2.1 menerangkan ciri-ciri yang juga digunakan untuk menerangkan teks secara fizikal.

2.       Jenis-jenis Fon

Terdapat dua kelas Fon dibahagikan iaitu serif dan sans serif.
Fon serif : Jenis fon ini biasa digunakan dalam percetakan media, ini kerana ia dapat membantu pembaca dengan membaca banyak teks yang dipaparkan dalam jangka masa yang lama. Jenis fon ialah :

o        Times dan Times New Roman

o        Courier

o        Schoolbook

o        Bookman

Fon san serif: Walaubagaimanapun, untuk paparan komputer, jenis fon san serif lebih banyak digunakan ini kerana ia lebih tepat dalam penggunaan resolusi komputer. Ia terdiri daripada:

o        Arial

o        Helvetica

o        Avant Garde

Jenis Fon dan saiz memainkan peranan yang penting dalam penghasilan grafik. Dalam persekitaran grafik komputer, fon boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sistem grafik berupaya menjalankan proses bagi membina dan menggunakan fon yang dipanggil rasterization. Rasterization akan berlaku apabila pengguna komputer melakarkan fon dan satu piksel dipaparkan pada satu masa. Fon ini adalah bergantung kepada saiz dan bilangan piksel yang digunakan bagi tujuan lakaran atau penulisan. Teknik ini dipanggil sebagai antialiasing, ia digunakan untuk mencampurkan fon dengan latarbelakang. Ini adalah untuk menunjukkan kesesuaian antara fon dan latarbelakang yang digunakan. Anti-alising biasanya digunakan untuk melukis dan melakar dengan menggunakan pakej perisian. Ia memberi kesan yang menarik dan halus di antara imej latar belakang dan elemen-elemen teks.

Penggunaan Teks dalam Aplikasi Multimedia

Dalam sistem komputer, teks selalunya digunakan bagi menghantar maklumat dan untuk kegunaan antaramuka pengguna. Kini, sistem komputer adalah berasaskan antaramuka grafik pengguna (GUI), namun teks masih lagi sebagai mekanisma utama untuk penerangan, menu dan arahan kepada pengguna. Walaupun produk multimedia mengandungi gambar, audio dan video tetapi ia masih memerlukan teks untuk memantapkan lagi penyampaian. Teks digunakan dalam pelbagai tujuan.

1.       Label dan Tajuk

Label biasanya digunakan sebagai tajuk window bar ataupun sebagai mengenalpasti input teks bagi sesuatu sistem. Untuk mengenalpasti logo, objek ataupun gambar, label diperlukan. Bukan saja dalam dunia komputer kita perlu melabelkan atau memberi sesuatu tajuk kepada barang atau objek yang hendak diperkenalkan kepada umum, malah ia telah menjadi satu kewajipan yang measti ada. Label dan tajuk ini mestilah dalam bentuk ayat yang pendek dan mudah difahami oleh pengguna. Ia bukanlah satu penerangan yang panjang perlu dijelaskan bagi memperkenalkan objek, gambar atau logo yang telah dibangunkan dalam aplikasi multimedia.

2.       Navigasi dan sokongan pengguna

Teks yang berasaskan kawalan dalam aplikasi multimedia adalah mengandungi butang, senarai box, senarai drop-down dan menu window. Walaupun terdapat operasi dalam aplikasi yang hanya perlu menggunakan tetikus iaitu 'klik' untuk melayari. Namun, ia masih memerlukan arahan untuk "enter" pada papan kekunci selain menggunakan tetikus. Dalam pembangunan objek multimedia, teks pada butang hendaklah jelas dan ringkas. Pandangan yang kontra antara latarbelakang dan butang adalah sangat penting untuk menghasilkan kawalan yang senang untuk dilihat dan digunakan.

Penggunaan teks dalam produk multimedia biasanya banyak bergantung kepada common sense dan kreativiti pengguna sendiri, mereka tidak menggunakan panduan dan kaedah-kaedah seperti yang telah digariskan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan untuk membina teks dalam pembangunan produk multimedia di antaranya ialah (Hillman, 1999):