LENCANA SEKOLAH
Lencana ini telah direka kira-kira 50 tahun dahulu.
Bentuk: Mempunyai bentuk perisai dalam 3 bahagian iaitu bahagian atas,tengah dan bawah. Perisai membawa makna sebagai satu alat pertahanan diri.Disini dimaknakan bahawa ilmu pengetahuan itu sebagai perisai kepada hidup manusia.Warna:
Kuning: Melambangkan kesultanan dan pemerintahan negeri beraja.
Hitam: Melambangkan kecekalan hati dan hasrat mencapai kejayaan sebagai memenuhi cita-cita murnih: Melambangkan keberanian menegakkan kebenaran serta keberanian menghadapi semua caaran.
COGANKATA
"Much In Little"membawa 2 makna tertentu:
1. Ilmu pengetahuan. Seberapa kecil sekali pun ilmu pengetahuan itu, ianya tetap mempunyai nilai yang tinggi.
2.Seberapa kecil sekalipun pengorbanan seseorang itu terhadap kebahagian orang lain,ianya mempunyai makna yang besar dan sentiasa dihargai.

SEJARAH SEKOLAH
Berikut merupakan ringkasan sejarah Sekolah Menengah Sultan Yussuf :-
1907

En . Malaiperumal menubuhkan English School , Batu Gajah . Bangunan sekolah dibina dari  kayu-kayu yang diambil dari runtuhan penjara lama.

1910
Pentadbiran sekolah ini diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan  Goverment English  School , Batu  Gajah  . ( G . E . S ., Batu Gajah ).
1929
Kumpulan pertama pelajar sekolah nin mengambil peperiksaan " Junior Cambridge".
1931
Majalah sekolah "The Gajah" diterbitkan buat kali pertamanya.
1951
Sekolah ini berpindah ke bangunan yang baru dibina di lokasi sekarang. Namanya  ditukarkan  kepada "Sultan Yussuf School " sempena Sultan Perak yang memerintah pada masa itu.
1953
Blok makmal sains siap dibina.
1955
Blok pejabat dan perpustakaan siap dibina.
1956
Blok asrama putera dibina.
1957
Sekolah ini menyambut Jubli Emas penubuhannya.
1962
Satu lagi blok makmal sains dibina.
1963
Satu blok bangunan yang mengandungi tujuh bilik darjah dibina.
1977
Blok Tingkatan Enam siap dibina.
1982
Kelas Tigkatan Enam dimulakan .
1983
Bangunan asrama puteri siap dibina.
1991
Kantin baru sekolah siap dibina.
1995
Bangunan Asrama putera yang baru siap dibina.
1996
Dua unit rumah warden asrama siap dibina.
1997
Makmal komputer Tingkatan Enam dilengkapkan.
1999
Pusat sumber sekolah yang baru dibina.
2000
Makmal siber dengan 33 komputer ditubuhkan .
2001
Pagar berdinding disekeliling sekolah dibina.
2002
Melengkapkan bilik guru yang berhawa dingin, menaik taraf pusat sumber dan kemudahan bas sekolah.
2003
Bangunan 3 tingkat telah sip dibina, lengkap dengan bilik mesyuarat, pejabat,bilik SPBT dan bilik darjah.
2004
Surau sekolah,bilik muzik dan kelas untuk Pendidikan Khas dibuat.
2005
Dewan baru SYS dalam pembinaan.

SENARAI PENGETUA
1907 - 1908 ............ En . Krishna Lyer
1908 - 1910 ............ En . Guest
1910 - 1913 ............ En . J.H D' Oliveiro
1913 - 1914 ............ En . Gopal Singh
1914 - 1927 ............ En . W.D.A. Rabel
1927 - 1947 ............ Tn . Syed Shaidali
1947 - 1950 ............ En . V.Animukham
1950 - 1954 ............ En . Victor Duray
1954 - 1955 ............ En . Brain Smith
1955 - 1964 ............ En . Yoong Khee Hon
1964 - 1968 ............ En . Khoo Lai Hong
1968 - 1972 ............ En . Foong See Tho
1972 - 1973 ............ En . Abdul Rahim b. Yeop
1973 - 1974 ............ En . Muhammad b. Che Noh
1975 - 1979 ............ En . Shamsuddin b. Jalil
1980 - 1990 ............ En . Abd.Rahim b. Abd.Hakim
1990 - 1994 ............ Tn. Hj. Mohd Zain b. Hj. Zon
1994 ( Mac-Nov ).... Tn. Hj. Muhd Amin b. Alang Eadut
1994 - 1996 ............ YDH Toh Muda Orang Kaya Temenggung Paduka Raja Wan Fadzir b.Wan Hussain
1996 - 1999 ............ Tn . Haji Yaacob b. Abd. Hamid AMN

2000 - 2004 ............ Tn .Haji Mohd Radzi b. Abd. Jabar

2004 - hingga kini............ Tn .Haji Azmi b. Ahmad